Xiaomi 13T dan 13T Pro dilaporkan telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus memberikan bayangan yang kedua-dua peranti tersebut akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.
Berdasarkan dari laporan, kedua-dua peranti tersebut telah dikesan dipangakalan data SIRIM dengan nombor model 2306EPN60G (Xiaomi 13T) dan 2306EPND5G (Xiaomi 13T Pro). Telah didaftarkan di bawah Xiaomi Technologies Malaysia SDN BHD pada 4 dan 17 Julai lalu.
Tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi. Namun, terdapat laporan mendedahkan yang Xiaomi 13T mungkin akan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Manakala, untuk Xiaomi 13T Pro pula hadir dengan cip MediaTek 9200+.
Buat masa ini, Xiaomi Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan mengenai siri Xiaomi 13T.