HONOR secara rasmi megumumkan peranti boleh-lipat generasi ketiga mereka iaitu HONOR Magic V2, bagi menggantikan model semasa. Merupakan telefon lipat paling nipis di dunia ketika ini dan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.
HONOR Magic V2 hadir dengan skrin utama 7.92-inci OLED LTPO dengan paparan adaptif 120Hz. Skrin kedua ia tampil dengan saiz 6.43-inci OLED LTPO yang turut menyokong paparan adaptif 120Hz. Peranti ini juga adalah telefon lipat pertama yang menyokong stylus pada kedua-dua skrin.
Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateriu 5000mAh bersama pengecasan pantas 66W.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar + 20MP OIS telefoto. Keupayaan kamera ini menyokong sistem zum digital sehingga 40x. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP yang dimuatkan pada skrin utama dan skrin kedua.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperi pengimbas cap jari pada butang kuasa, pembesar suara jenis stereo, inframerah, Bluetooh 5.3, NFC dan menjalankan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.
Bercakap mengenai penawarannya, HONOR Malaysia buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaannya.