Close

Siri Google Pixel 8 akan dilancarkan pada 4 Oktober ini

Google secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran siri Google Pixel 8 melalui acara khas “Made By Google” pada 4 Oktober 2023. Selain siri Google Pixel 8, Google dijangka akan turut melancarkan beberapa produk lain berkemungkinan adalah Pixel Watch 2.

Pixel event invites also just went out. We are descending into the most fun time of the year pic.twitter.com/RZfpm4u6OZ

— Marques Brownlee (@MKBHD) August 30, 2023

 

Siri Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan peningkatan ketara dari segi spesifikasi, fungsi dan keupayaan kamera yang lebih baik. Cip Google Tensor G3 dijangka akan dimuatkan bersama dengan sensor kamera baharu dari Samsung.

Selain itu, Google dijangka akan memperkenalkan fungsi baharu iaitu Audio Magic Eraser dan akan menyokong kemas kini Android yang lebih panjang iaitu 5 tahunSpesifikasi lain yang mungkin akan hadir pada siri Google Pixel 8 adalah seperti pengimbas cap jari ultrasonik, penderia suhu inframerah dan akan menjalankan Android 14. 


Untuk Pixel Watch 2, ia dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon W5 Gen 1 dan akan menyokong Ultra Wide Band (UWB). Menjalankan sistem operasi Wear OS 4 yang menjanjikan penggunaan bateri yang lebih baik.



Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Google menjelang hari pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN