Pada acara IFA yang berlangsung di Berlin. HONOR telah memperlihatkan telefon konsep dengan rekaan seperti beg tangan yang dipanggil sebagai V Purse. Telefon konsep ini dibina dengan gabungan teknologi dan fesyen dengan kerjasama TIME.
HONOR V Purse merupakan peranti boleh-lipat dengan lipatan jenis keluar. Mempunyai bahagian sisi yang tebal yang digunakan sebagai pemegang yang turut menempatkan sensor kamera. Rekaan mirip seperti Huawei Mate XS 2. Namun, lebih nipis dengan diameter 9mm.
Peranti ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis tali yang boleh ditukar ganti. Tali tersebut dipasang pada engsel untuk menukar telefon menjadi beg tangan. Selain itu, peranti ini turut menyokong Always On Display (AOD) yang interaktif untuk memaparkan pelbagai maklumat dan boleh diubah suai.
Namun begitu, HONOR tidak berkongsi maklumat yang terperinci mengenai spesifikasi V Purse. Memandangkan ia adalah telefon konsep tidak dapat dipastikan adakah ia akan dilancarkan atau sebaliknya.