Samsung dilaporkan akan menggunakan GPU AMD pada cip Exynos kelas pertengahan. Sebelum ini, GPU AMD telahpun digunakan pada cip premium Samsung iaitu Exynos 2100.
Menurut laporan, dua cip kelas pertengahan iaitu Exynos 1430 dan 1480 dijangka akan dilengkapi dengan GPU AMD yang berasaskan RDNA. Walaubagaimanapun, keupayaan GPU AMD ini lebih memfokuskan kepada pemprosesan imej bukannya kepada prestasi permainan. Kedua-dua cip ini dijangka akan tersedia bermula tahun hadapan iaitu 2024.
Kerjasama diantara Samsung dan AMD buat masa ini belum lagi dapat mengatasi kemampuan prestasi yang ditawarkan oleh Apple, Qualcomm dan MediaTek. Berikutan dari itu, Samsung dikatakan akan hadir dengan cip Exynos 2400 baharu yang akan dilengkapi dengan CPU 10 teras dan GPU AMD Xclipse 940.