Close

Kereta elektrik BYD Atto 3 terbakar – Ini puncanya

Gambar : Facebook Arter

Sebuah kereta elektrik BYD Atto 3 dilaporkan telah terbakar di Thailand. Dikatakan kebakaran tersebut berlaku ketika kereta elektik tersebut sedang dicas di sebuah pusat beli-belah di Thailand.

Berdasarkan dari perkongsian Arter melalui Facebook beliau, menyatakan yang kebakaran berpunca dari bateri kereta elektrik tersebut. Selain itu, terdapat beberapa komponen elektronik di bahagian bonet hadapan turut terbakar.

Gambar : Facebook Arter

Kejadian tersebut berjaya dikawal dengan baik dan pantas oleh pasukan penyelamat Thailand. Namun begitu, maklumat yang lebih terperinci mengenai kejadian ini tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN