Lenova secara rasmi melancarkan konsol mudah-alih pertama mereka iaitu Lenovo Legion Go. Merupakan pesaing kepada konsol mudah-alih seperti ASUS ROG Ally dan Steam Deck.
Legion Go hadir dengan skrin IPS Lenovo PureSight QHD+ yang bersaiz 8.8-inci dengan paparan 144Hz. Selain itu, ia turut menyokong kecerahan puncak 500 nits dan 97% warna gamut DCI-P3.
Dijana dengan cip siri AMD Ryzen Z1 yang dipadankan dengan GPU RDNA 3 yang menjanjikan pengalaman permainan pada tahap tertinggi. Menggunakan 16GB RAM LPDDR5X, storan dalaman sehingga 1TB SSD PCIe 4.0 dan menyokong kad MicroSD sehingga 2TB.
Tampil dengan dua alat kawalan yang boleh ditanggal seperti Nintendo Switch bersama dengan lampu RGB. Dari segi kawalan, terdapat butang D-pad, butang analog, ABXY, butang trigger, butang makro tambahan dan juga pad sesentuh. Menariknya, alat kawalan ini menyokong Hall Effect untuk mengurangkan masalah ‘joystick drift’ dan meningkatkan ketepatan berbanding alat kawalan biasa.
Dilengkapi dengan bateri 49.2Wh dengan pengecasan Super Rapid Charge yang mampu mengecas 70% hanya dalam 30 minit sahaja. Menggunakan sistem penyejukan Lenovo Coldfront untuk aliran haba keluar yang lebih baik. Menjalankan sistem operasi Windows 11 sekaligus menyokong pelbagai platform seperti Epic Games Store, Steam dan lain-lain.
Dari segi sambungan, Legion Go dilengkapi dengan satu bicu audio 3,5mm dan dua sambungan USB-C yang menyokong pengecasan, DisplayPort 1.4 dan juga sambungan untuk pelbagai aksesori. Selain itu, ia turut menyokong Bluetooh 5.2 dan WiFi 6E.
Konsol mudah-alin Legion Go ini akan mula dijual bermula November 2023 dengan harga jualan sekitar $699 (RM3225). Untuk penawaran di Malaysia, buat masa ini tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Lenovo Malaysia.