Sony mengumumkan kenaikkan harga langganan PlayStation Plus di beberapa pasaran bermula 20 Mei 2026.
Starting May 20, PlayStation Plus prices for new customers will increase in select regions. Due to ongoing market conditions, prices will start at $10.99 USD / €9.99 EUR / £7.99 GBP for 1-month subscriptions and $27.99 USD / €27.99 EUR / £21.99 GBP for 3-month subscriptions.…
— PlayStation (@PlayStation) May 18, 2026
Dengan pengumuman ini, harga langganan untuk satu bulan akan bermula pada AS$10.99 / EUR9.99 / GBP7.99, manakala untuk langganan tiga bulan pula bermula AS$27.99 / EUR27.99 / GBP21.99.
Menurut Sony, kenaikan ini dibuat disebabkan oleh keadaan pasaran semasa. Namun begitu, kenaikkan harga langganan ini tidak terkesan untuk pelanggan sedia ada buat masa ini kecuali di Turki dan India, selagi langganan tidak tamat atau tukar ke pelan lain.
Kenaikkan harga langganan ini tidak hanya dilakukan oleh Sony, beberapa perkhidmatan lain seperti Xbox Games, Netflix dan beberapa penstriman lain turut menaikan harga langganan bagi servis mereka.