OnePlus akan mengumumkan sistem operasi baharu iaitu OxygenOS 14 yang berasaskan Android 14 pada 25 September ini. Sistem operasi baharu ini dijangka akan membawakan peningkatan pretasi yang lebih baik, antara muka yang lebih menarik dan jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Seiring dengan pegumuman tersebut, OnePlus dijangka akan turut melepaskan kemas kini versi beta untuk OxygenOS 14. Untuk permulaan, kemas kini beta ini dijangka akan tersedia pada beberapa peranti sahaja iaitu OnePlus 11, OnePlus 11R dan OnePlus Nord 3. Lebih banyak peranti akan menerima kemas kini versi beta dari masa ke semasa.
Garis masa yang lebih terperinci mengenai kemas kini OxygenOS 14 dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut. OxygenOS 14 dilaporkan akan hadir dengan 6 perubahan pada OxygenOS yang merangkumi CPU Vitalization, RAM Vitalization, ROM Vitalization, HyperBoost, HyperTouch dan HyperRendering.
Namun, OnePlus tidak mendedahkan maklumat yang lebih terperinci mengenai ketersediaan OxygenOS 14 versi stabil. Kami menjangkakan versi stabil akan tersedia lebih awal berbanding kemas kini sebelum ini.