Close

Perancis bakal haramkan rokok elektronik pakai buang

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne, dalam satu temu bual di stesen radio RTL, menyatakan rancangan untuk mengharamkan rokok elektronik pakai buang di Perancis.

Menurutnya, ia adalah isu kesihatan awam yang sangat penting. Justeru itu, kerajaan perancis sedang merangka program kebangsaan untuk memerangi penggunaan tembakau. Rokok elektronik atau dipanggil sebagai “puff” telah menyebabkan ketagihan tembakau di kalangan pemuda.

Namun begitu, kerajaan Perancis tidak merancang untuk menaikan kadar cukai ke atas tembakau pada tahun hadapan berikutan kenaikan telah dikenakan pada tahun ini.

Selain tembakau, kerajaan Perancis juga merancang untuk menangani masalah alkohol. Kerajaan menyasarkan lebih banyak kawasan bebas rokok akan diwujudkan dan menjanjikan remaja berusia 20 tahun ke bawah bebas tembakau menjelang tahun 2030.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN