Malaysia Airlines (MAS) kini membenarkan penumpang untuk membawa bekal makanan sendiri ke dalam pesawat. Pengumuman itu dibuat selepas pihak MAS menghadapi masalah katering berikutan penamatan kontrak dengan pembekal makanan Brahim’s Food Services (BFS).
Dengan penamatan kontrak dengan BFS, MAS kini menggunakan 8 syarikat katering yang berbeza. Perubahan ini telah menyebabkan 80% penerbangan mengalami kelewatan atau terpaksa dibatalkan.
Berikutan dari masalah ini, MAS telah melakukan perubahan terhadap polisi makanan dengan membenarkan penumpang untuk membawa bekal makanan sendiri. Namun begitu, makanan yang dibawa perlu mematuhi garis panduan keselamatan iaitu had gel, cecair dan aerosol yang tidak melebihi 100ml.
Terdapat dua makanan tidak dibenarkan iaitu makanan tidak halal dan juga makanan self-heating (pemanasan sendiri). Perubahan ini berkuat kuasa bermula 1 September 2023 sehingga kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
MAS dijangka akan dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat. Selain itu, MAS dijangka akan memperkenalkan beberapa menu baharu dalam mempelbagaikan penawaran mereka.