Close

GoPro Hero 12 Black akan dilancarkan pada 6 September ini

GoPro melalui laman web rasmi mereka telah berkongsi tarikh pelancaran untuk kamera aksi generasi baharu iaitu GoPro Hero 12 Black pada 6 September ini.

Seiring dengan perkongsian tersebut, GoPro turut memperlihatkan rekaaan yang akan digunakan pada Hero 12 Black. Sama seperti maklumat yang tertiris sebelum ini mengenai rekaannya.

Selain rekaan, Hero 12 Black dijangka akan hadir dengan pelbagai fungsi atau keupayaan baharu merujuk kepada perkataan “All New” yang diletakkan pada imej teaser. Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Hero 12 Black hadir dengan perubahan yang ketara berbanding model sebelumnya.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh GoPro mengenai kamera aksi baharu mereka. Namun, berdasarkan dari beberapa laporan Hero 12 Black akan mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik dan menyokong Hypersmooth 6.0 baharu.

ARTIKEL BERKAITAN