Close

MBSA kini menyediakan 10 pengecasan EV percuma di Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini menyediakan 10 pengecasan kenderaan elektrik (EV) secara percuma di beberapa lokasi yang berada di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengecasan EV secara percuma ini adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA). Pada ketika ini, pengecasan EV percuma ini telah tersedia di beberapa lokasi seperti di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan di pejabat cawangan MBSA.

Dalam masa yang sama, terdapat rancangan untuk menambah lebih banyak tempat pengecasan EV percuma di kawasan yang strategik antaranya di pusat bandar atau pusat beli-belah di Shah Alam.

Kerajaan Selangor menyasarkan 1000 pengecas EV di 12 kawasan PBT yang merangkumi Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya menjelang akhir tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN