Close

Tesla Malaysia benarkan pelanggan tukar tempahan Model Y kepada Model 3 – Ini caranya

Sekiranya anda telah menempah Tesla Model Y dan bertukar fikiran untuk menempah Model 3. Ini berita gembira untuk anda, Tesla Malaysia kini membenarkan pelanggan untuk menukar pra-tempahan dari Model Y kepada Model 3.

Namun begitu, terdapat beberapa langkah dan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan pelanggan menukar pra-tempahan Model Y kepada Model 3.

Langkah dan syarat untuk menukar tempahan Model Y kepada Model 3 :

  • Pelanggan perlu menghantar emel kepada [email protected] dengan menyertakan nombor pesanan Tesla Model Y dan nombor pesanan Model 3. 

Syarat untuk pemulangan yuran tempahan :

  • Tempahan Model Y dibuat sebelum 1 September 2023.
  • Tempahan untuk Model 3 telah dibuat.
  • Kedua-dua tempahan untuk Model Y dan Model 3 dibuat melalui akaun Tesla yang sama,
  • Kedua-dua tempahan mesti dibuat di Malaysia.
  • Permohonan pembatalan tempahan perlu dibuat sebelum 15 September 2023.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diajukan melalui alamat emel [email protected] atau talian 1800-81-0655.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN