OPPO Malaysia secara rasmi melancarkan satu lagi peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A38. Tampil dengan rekaan yang lebih menarik, spesifikasi yang lebih baik dan harga jualan yang lebih mampu milik.
OPPO A38 hadir dengan skrin LCD HD+ bersaiz 6.56-inci yang turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak 720 nits. Dikuasakan dengan cip Helio G85 yang digabungkan dengan 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB eMMC 5.1. Selain itu, ia turut menyokong storan tambahan melalui kad mikro SD sehingga 1TB.
Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W. Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 5MP.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah penarafan IP54, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan ColorOS 13.1 yang berasaskan Android 13.
OPPO A38 dijual pada harga RM599 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glowing Black dan Glowing Gold. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi OPPO Malaysia atau secara dalam talian Shopee dan Lazada.