Melalui perkongsian CEO Xiaomi Lei Jun di platform X, telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk siri Xiaomi 13T yang akan berlangsung pada 26 September ini.
#Xiaomi13TSeries, co-engineered with Leica, is coming September 26th! So excited to bring the authentic Leica imagery to even more fans around the world. 🟠📷🔴 pic.twitter.com/34Et2UUcEv
— Lei Jun (@leijun) September 5, 2023
Berdasarkan dari perkongsian tersebut memperlihatkan yang siri Xiaomi 13T akan hadir dengan teknologi kamera dari Leica. Sekaligus, memberikan gambaran yang siri Xiaomi 13T akan hadir dengan kemampuan kamera yang lebih baik dan setanding peranti andalan lain.
Walaubagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi dan juga varian yang akan dilancarkan masih menjadi tanda tanya. Menurut laporan sebelum ini, Xiaomi akan melancarkan dua varian iaitu Xiaomi 13T dan 13T Pro. Kedua-dua peranti akan dijana dengan cip dari MediaTek iaitu Dimensity 8200-Ultra dan Dimensity 9200.
Maklumat penuh mengenai peranti hanya akan diketahui pada hari pelancarnnya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.