Close

Google umumkan penjenamaan dan logo baharu Android

Google hari ini mengumumkan kemas kini penjenamaan dan logo baharu Android. Kemas kini dan perubahan ini dilihat seiring dengan penawaran sistem operasi Android 14 baharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Selepas ini, Google akan menggunakan penjenamaan baharu dengan huruf besar A iaitu “Android” berbanding sebelum ini menggunakan huruf kecil “android”. Penjenamaan ini adalah berasaskan kepada konsep Material Design dan seiring dengan rekaan logo dan jenama Google.

Selain itu, rekaan logo Android kini hadir dengan menggunakan rekaan 3D yang lebih menarik dan akan dikenali sebagai Bugdroid. Rekaan logo baharu ini diihat lebih menonjol dan mempunyai lebih banyak watak berbanding sebelum ini.

Kali terakhir Google melakukan perubahan pada Android adalah pada 2019. Menukar logo untuk menjadikan ia lebih mudah untuk dibaca dan juga penjenamaan versi Android dari pencuci mulut (Android Lolipop) kepada nombor (Android 14). 

Penjenamaan dan logo baharu ini dijangka akan mula dikemas kini di semua peranti Android bermula tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN