Close

MYAirline gantung operasi berkuat kuasa 12 Oktober 2023 – Ini sebabnya…

Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline mengumumkan penggantungan operasi yang berkuat kuasa pada hari ini iaitu 12 Oktober 2023.

Melalui kenyataan rasmi dari MYAirline, menyatakan penggantungan operasi tersebut akan berlanjutan kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Sebab utama langkah ini diambil adalah disebabkan oleh masalah kewangan dalam masa yang sama menunggu penstrukturan semula pemegang saham.

Dalam pada itu, MYAirline turut menyatakan permohonan maaf dan meminta penumpang yang terkesan dengan penggantungan operasi ini untuk menghubungi mereka melalui emel [email protected].

ARTIKEL BERKAITAN