Close

Motorola Edge 2023 dilancarkan – Dimensity 7030, paparan 144Hz dan kamera 50MP

Motorola secara rasmi mengemas kini barisan peranti mereka dengan memperkenalkan Motorola Edge 2023. Meerupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan rekaan yang lebih baik.

Motorola Edge 2023 ini hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.6-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7030 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 13MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri 4400mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 68W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah penarafan IP68, NFC, pembesar suara jenis stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari pada butang kuasa, panel belakang vegan leather dan menjalankan sistem operasi Android 13.

Motorola Edge 2023 ini dijual pada harga sekitar $599.99 (RM2831) dan ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Eclipse Black.

ARTIKEL BERKAITAN