Close

Qualcomm umumkan cip Snapdragon X Series – Cip khas untuk komputer

Qualcomm mengumumkan cip pemprosesan baharu yang memfokuskan kepada komputer iaitu cip Snapdragon X Series. Ia juga adalah penjenamaan baharu untuk cip pemprosesan komputer yang sebelum ini menggunakan kod nama Snapdragon 8cx dan Snapdragon 7c.

Cip Snapdragon X Series dibina dengan teknologi CPU Oryon yang dibangunkan oleh Nuvia iaitu sebuah syarikat yang diasaskan oleh bekas jurutera Apple yang bertanggungjawab dalam membangunkan cip yang digunakan pada iPhone dan iPad. Cip ini dijangka akan menjadi pesaing kepada cip Apple Silicon M Series.

Introducing the brand new #Snapdragon X Series. Learn more: https://t.co/NOgiutc9Zu pic.twitter.com/79zx4guGkX

— Snapdragon (@Snapdragon) October 10, 2023

Selain itu, cip ini dijangka akan menawarkan kemampuan prestasi dan kecekapan kuasa seperti mana yang ditawarkan oleh cip Apple Silicon M Series.. Ia juga akan menggunakan teknologi Neural Processing Unit (NPU) yang dipertingkat yang akan menawarkan kemampuan AI yang lebih baik.

Maklumat lebih lanjut mengenai cip Snapdragon X Series dijangka akan diumumkan pada penghujung Oktober ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN