Close

Rekaan OnePlus Open tertiris sebelum pelancarannya

Sebelum ini, pengasas OnePlus iaitu Pete Lau telahpun mengesahkan OnePlus Open adalah OPPO Find N3. Rekaan awal telefon lipat ini juga telahpun diperlihatkan namun rekaan kamera belakang tidak didedahkan.


Terbaru, rekaan penuh untuk OnePlus Open telahpun tertiris. Sekaligus, menjawab persoalan mengenai rekaan kamera belakang yang tidak didedahkan sebelum ini. 


 

Seperti dijangka, OnePlus Open akan menggunakan rekaan kamera berbentuk bulat dengan penjenamaan Hasselblad. Tetapan tri-kamera belakang yang dijangka akan digunakan 48MP utama + 48MP + 64MP telefoto dengan keupayaan 3x zum optik.


OnePlus Open dikatakan 37% lebih ringan dan menggunakan rekaan sisi lebih rata berbanding OPPO Find N2. Selain itu, OnePlus turut mengekalkan butang ikonik mereka iaitu alert slider pada OnePlus Open.


OnePlus Open akan dilengkapi dengan skrin luar 6.31-inci dan skrin dalam 7.8-inci. Menggunakan skrin OLED yang dihasilkan oleh BOE bukan dari Samsung. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB.


OnePlus Open akan ditawarkan dalam dua pilihan warna dan kemasan. Untuk warna hijau ia akan menggunakan kemasan jenis kaca dan untuk warna hitam ia akan menggunakan kemasan seperti kulit. Telefon lipat pertama dari OnePlus ini dijangka akan dilancarkan pada 19 Oktober ini.

 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN