OPPO secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran untuk Find N3 Flip yang dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober ini di Singapura. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China pada bulan lalu.
Pengumuman tersebut dibuat melalui satu video pendek berdurasi 30 saat yang disiarkan di saluran YouTube OPPO. Melalui video tersebut memperlihatkan beberapa maklumat seperti rekaan, tetapan kamera, kehadiran butang alert slider dan juga kemampuan skrin luar yang boleh diubah suai.
Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Jika mengikut kepada spesifikasi yang ditawarkan di China, OPPO Find N3 Flip akan hadir dengan skrin utama 6.8-inci, skrin luar 3.26-inci, cip Dimensity 9200, 12GB RAM, storan 512GB dan bateri 4300mAh.
Selain itu, OPPO Find N3 Flip merupakan telefon lipat clamshell pertama hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP OIS + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto dengan 2x zum optik. Keupayaan kamera ini dipadankan dengan Hasselblad untuk yang menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik.
Peranti ini akan turut dilancarkan di Malaysia. Maklumat penuh mengenai spesifikasi, ketersediaan dan penawaran hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.