Close

Apple Watch 2024 tidak akan hadir dengan peningkatan yang ketara

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple akan membawakan peningkatan yang ketara dan menggunakan skrin MicroLED pada Apple Watch yang seterusnya.

Terbaru, pakar tiris Ming Chi-Kuo menyatakan yang Apple Watch 2024 tidak akan hadir dengan skrin MicroLED. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan tidak akan hadir dengan peningkatan yang ketara berbanding model sebelumnya.

Selain itu, fungsi seperti pemantauan glukosa darah juga dikatakan tidak akan tersedia pada Apple Watch 2024 sebaliknya ia dijangka hanya akan tersedia menjelang tahun 2026. 

Ming Chi-Kuo turut mengulas mengenai Apple Watch X yang mungkin akan dilancarkan dengan perubahan yang ketara bersempena dengan ulang tahun ke-10 Apple Watch. Antara perubahan yang dijangka adalah seperti rekaan yang lebih nipis dan akan menggunakan sambungan tali jam jenis magnetik. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah ia akan dilancarkan pada tahun 2024 atau 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN