Close

Pelan Unifi Air 5G diperkenalkan dengan data tanpa had pada harga RM149 sebulan

Telekom Malaysia (TM) mengemas kini penawaran perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar mereka dengan memperkenalkan pelan Unifi Air 5G. Pelan baharu ini adalah pelan 5G pertama dari TM dan khusus untuk pengguna di kawasan yang tiada sokongan jalur lebar fiber.



Pelan Unifi Air 5G ini ditawarkan dengan harga langganan RM149 dengan data tanpa had 5G. Setiap langganan akan menerima SIM dan Router dengan keupayaan WiFi 6 . Selain itu, pelan ini menyokong sambungan sehingga 30 peranti dan tidak memerlukan sebarang proses pemasangan.


Pelan ini hadir dengan kontrak selama 24 bulan dengan bayaran pendahuluan RM149. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh layari laman web rasmi Unifi. 

ARTIKEL BERKAITAN