Close

realme 11x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 15 September ini

realme Malaysia secara rasmi menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baharu mereka iaitu realme 11x 5G yang akan berlangsung pada 15 September ini. Merupakan peranti realme yang keempat dilancarkan untuk pasaran tempatan selepas realme 11 Pro +, realme 11 Pro dan realme 11.

realme 11x 5G hadir dengan rekaan yang ringkas dan minimal. Dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6100+ 5G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, menyokong slot mikro SD, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

realme 11x 5G akan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Purple Dawn dan Midnight Black. Dari segi penawaran harga dan juga ketersediaan hanya akan diketahui pada 15 September ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN