Close

WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi permesejan rentas platform

WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi baharu yang menyokong permesejan secara rentas platform. Fungsi ini membolehkan pengguna WhatsApp berhubung dengan aplikasi permesejan pihak ketiga.

Melalui perkongsian dari WABetaInfo, memperlihatkan WhatsApp Beta untuk Android dengan nombor binaan 2.23.19.8 telah hadir dengan fungsi permesejan rentas platform. Fungsi permesejan rentas platform ini dilihat sebagai persediaan WhatsApp kepada undang-undang baharu Akta Pasaran Digital (DMA) yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah.
DMA adalah akta yang dikenakan kepada perkhidmatan yang dikategorikan sebagai “gatekeeper” yang mewajibkan syarikat teknologi seperti Meta untuk menyokong platform permesejan kepada pihak ketiga bagi memudahkan pengguna 

WhatsApp buat masa ini tidak mendedahkan secara terperinci mengenai cara kerja fungsi ini memandangkan ia masih dalam fasa pembangunanan. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakan fungsi ini akan tersedia secara global atau sebaliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN