Xiaomi dijangka akan mengumumkan kemas kini baharu untuk sistem operasi mereka iaitu MIUI 15 pada November ini. MIUI 15 dijangka akan hadir dengan peningkatan prestasi yang lebih optimum dan tampil dengan pelbagai fungsi baharu.
Buat masa ini, Xiaomi belum lagi mendedahkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini MIUI 15. Namun begitu, terdapat laporan telah mendedahkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini MIUI 15.
Melalui perkongsian Xiaomiui, memperlihatkan senarai penuh peranti Xiaomi yang merangkumi sub-jenama mereka iaitu Redmi dan POCO. Terdapat 39 peranti Xiaomi, 28 peranti Redmi dan 18 peranti POCO telah disenaraikan.
Senarai yang dikongsi ini bukanlah senarai rasmi dari Xiaomi. Tetapi, penyenaraian ini disusun dengan mengambil kira dari tahun peranti dikeluarkan. Senarai akhir mungkin berbeza namun, dijangka tidak begitu ketara.