TECNO telah menjadualkan acara pelancaran untuk telefon lipat baharu mereka iaitu Phantom V Flip yang akan berlangsung pada 22 September ini. Phantom V Flip merupakan telefon lipat jenis clamshell pertama dari Tecno.
TECNO menyatakan yang Phantom V Flip akan membawakan imej baharu untuk telefon lipat clamshell sekaligus akan mencerminkan komitmen TECNO dalam teknologi tersebut.
Walaubagaimanapun, TECNO tidak berkongsi maklumat yang lebih terperinci mengenai spesifikasi Phantom V Flip. Namun, menurut laporan Phantom V Flip akan hadir dengan cip Dimensity 1300 dan akan menjalankan sistem operasi yang berasaskan Android 13.