Close

Infinix GT 10 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga RM999


Infinix Malaysia secara rasmi melancarkan peranti baharu mereka untuk pasaran tempatan melalui model GT 10 Pro. Peranti ini menfokuskan kepada permainan dan ditawarkan dengan harga jualan yang mampu milik.



Infinix GT 10 Pro hadir dengan rekaan yang unik dan berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Infinix. Menggunakan rekaan yang lebih menonjol dan terdapat lampu mini LED terbina pada panel belakang yang berkelip apabila mengecas, menerima notifikasi dan sebagainya.



Peranti dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong touch sampling rate pada 320Hz dan kecerahan puncak 900 nits. Dijana dengan cip Dimensity 8050 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.



Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP kedalaman + 2MP makro dan 32MP swafoto. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 45W dengan kemampuan Bypass Charging.


Infinix GT 10 Pro menjalankan sistem operasi yang berbeza iaitu Pure XOS 13, menjanjikan pengalaman yang hampir sama seperti Android Asli dan tanpa sebarang iklan. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3 dan lain-lain.

Untuk harga jualan, Infinix GT 10 Pro dijual pada harga RM999 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, GT 10 Pro boleh mula dibeli bermula 13 September ini di seluruh pengedar rasmi Infinix.

ARTIKEL BERKAITAN