Close

Apple Watch Ultra 2 dilancarkan dengan harga jualan RM3799

Seiring dengan pelancaran Apple Watch siri 9, Apple turut mengumumkan Apple Watch Ultra 2. Merupakan jam tangan pintar dengan kemasan yang premium dan tahan lasak.

Apple Watch Ultra 2 kini dikuasakan dengan cip Apple S9 SiP (System in Package) yang menjanjikan peningkatan pretasi yang lebih baik dari model sebelumnya. Keupayaan skrin turut dipertingkat dengan kecerahan puncak pada 3000 nits dans mempunyai sensor baharu yang mampu mengaktifkan fungsi mod gelap secara automatik.

Turut hadir dengan fungsi baharu iaitu gesture double tap yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan, alarm dan kawalan kamera. Selain itu, ia kini menyokong keupayaan Siri secara terus tanpa memerlukan sambungan kepada iPhone dan hadir dengan Ultra Wide Band (UWB) generasi kedua.

Selain itu, ia turut hadir dengan beberapa penambah baikan pada fungsi kecergasan seperti aktiviti berbasikal, menyelam dan lain-lain. Dari segi ketahanan bateri, Apple menyatakan yang jam tangan pintar ini mampu bertahan sehingga 36 jam untuk pengguna biasa dan 72 jam dalam ultra power mode.



Di Malaysia, Apple Watch Ultra 2 dijual pada harga RM3799 dan ditawarkan dalam satu pilihan saiz sahaja 49mm. Terdapat tiga pilihan tali jam yang ditawarkan iaitu Alpine Loop, Trail Loop dan Ocean Loop.

ARTIKEL BERKAITAN