Seriring dengan pelancaran siri iPhone 15, Apple turut mengumumkan kemas kini sistem operasi baharu iaitu iOS 17 yang akan dilepaskan pada 19 September ini.
iOS 17 telahpun diumumkan pada acara WWDC 2023 tampil dengan sejumlah ciri dan juga aplikasi baharu. Berikutan dari itu, Apple telah mengeluarkan senarai penuh iPhone yang akan menyokong kemas kini iOS 17.
Melalui perkongsian tersebut memperlihatkan yang iOS 17 akan tersedia untuk iPhone SE 2022, iPhone XR, iPhone XS, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13 dan siri iPhone 14. Selain itu, iOS 17 akan tersedia secara terbina pada siri iPhone 15.
Bagi pengguna di Malaysia, kemas kini iOS 17 akan tersedia pada 1 pagi 19 September.