Apple tidak pernah mendedahkan maklumat mengenai konfigurasi RAM yang digunakan pada peranti mereka. Namun begitu, terdapat laporan mendedahkan yang iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max dilengkapi dengan 8GB RAM.
Melalui kod perisian XCode 15 yang dikongsi oleh Aaron, mendedahkan yang iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max kini dilengkapi dengan 8GB RAM berbanding pada iPhone 14 Pro yang menggunakan 6GB RAM. Peningkatan konfigurasi RAM ini akan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dari segi prestasi dan membolehkan peranti menjalankan aplikasi dengan lebih lancar.
Namun, untuk iPhone 15 dan 15 Plus ia masih menggunakan konfigurasi RAM yang sama iaitu 6GB RAM. Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak mendedahkan teknologi RAM yang digunakan pada siri iPhone 15. Sebelum ini, Apple menggunakan teknologi LPDDR5 untuk iPhone 14 Pro dan LPDDR4X untuk iPhone 14.