Kerajaan Perancis telah mengeluarkan arahan kepada Apple untuk tidak lagi menjual iPhone 12. Arahan tersebut dikeluarkan kerana model tersebut dikatakan telah melanggar undang-undang Kadar Penyerapan Khusus (SAR) yang telah ditetapkan.
Agensi Frekuensi Kebangsaan Perancis (ANFR) menyatakan yang iPhone 12 telah mengeluarkan gelombang elektromagnet yang mudah diserap oleh badan lebih daripada yang dibenarkan.
Melalui ujian yang dilakukan pada iPhone 12, mendapati SAR yang dikeluarkan oleh peranti tersebut adalah 5.74 watt sekilogram ketika peranti tersebut dipegang atau diletakkan di dalam poket. Piawaian SAR yang dibenarkan oleh Kesatuan Eropah adalah 4.0 watt sekilogram.
Berikutan dari itu, Kerajaan Perancis telah mengeluarkan arahan kepada Apple untuk menyelesaikan masalah tersebut atau iPhone 12 akan diharamkan untuk dijual di negara tersebut.