Apple akhirnya menggunakan teknologi pengecasan USB-C pada siri iPhone 15. Sekaligus, menjadikan ia iPhone pertama yang menggunakan pengecasan USB-C yang menyokong penghantaran data yang lebih pantas dan pelbagai fungsi baharu.
Dengan menggunakan teknologi pengecasan USB-C, siri iPhone 15 kini boleh digunakan untuk mengecas aksesori pintar lain. Namun, fungsi ini hanya terhad kepada aksesori seperti Apple Watch dan AirPods sahaja tidak boleh digunakan untuk mengecas iPhone.
Untuk menggunakan fungsi, pengguna perlu mengunakan sambungan kabel USB-C kepada USB-C untuk mula mengecas Apple Watch atau AirPods. Fungsi ini telahpun diperlihatkan semasa acara pelancaran siri iPhone 15.