Close

Siri Redmi Note 13 akan dilancarkan pada 21 September ini

Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baharu mereka iaitu siri Redmi Note 13 yang akan dilancarkan pada 21 September ini di China. 


Berikutan dari itu, Redmi telah berkongsi imej awal yang mendedahkan rekaan siri Redmi Note 13. Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan peranti ini akan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Redmi Note 13 Pro dan Note 13 Pro+.


Dari segi rekaan, Redmi Note 13 Pro+ dilihat akan hadir dengan skrin jenis melengkung dan panel belakang menggunakan kemasan jenis vegan leather. Manakala, untuk Redmi Note 13 Pro ia akan hadir dengan skrin jenis rata dan panel belakang jenis kesat.

Kedua-dua peranti menggunakan tetapan tri-kamera belakang namun, dengan susunan yang berbeza. Perbezaan dapat dilihat dari kedudukan lampu LED flash. Pada Redmi Note 13 Pro ia menggunakan rekaan jenis bulat dan Note 13 Pro+ menggunakan rekaan jenis memanjang.

Selain itu, siri Redmi Note 13 5G ini dijangka akan hadir dengan cip Dimensity 7200-Ultra, kamera utama 200MP dari Samsung dan akan menjadi Redmi pertama yang akan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN