Close

Manchester United akan guna logo Snapdragon pada jersi bermula musim depan

Qualcomm mengumumkan kerjasama strategik dengan kelab bola sepak terkemuka England iaitu Manchester United. Sekaligus, akan menjadi penaja utama menggantikan penaja semasa iaitu TeamViewer.



Berikutan dari itu, pasukan Manchester United akan menggunakan logo Qualcomm Snapdragon pada jersi mereka bermula musim 2024-2025. Selain itu, Manchester United dilihat telah mula menerbitkan pelbagai kandungan yang berkaitan dengan Snapdragon.


Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu cara untuk Qualcomm mengembangkan jenama mereka untuk lebih dikenali dan mendekati pengguna yang mungkin tidak tahu cip tersebut digunakan pada peranti kegemaran mereka. 


Buat masa ini,
misi pertama Qualcomm di Old Trafford bukanlah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris. Sebaliknya, untuk menambahbaikan sambungan mudah alih di Old Trafford sekaligus dapat meningkatkan pengalaman peminat ketika berada di stadium.


Selain Qualcomm, Google turut menjalinkan kerjasama strategik dengan dua kelab bola sepak popular England iaitu Liverpool dan Arsenal sebagai telefon rasmi pasukan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN