Close

Sony A7C II dan A7C R kini boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga bermula RM10,499

Sony Malaysia secara rasmi telah melancarkan dua kamera baharu mereka iaitu Sony A7C II dan A7C R untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, rekaan dan juga fungsi menarik.

 

Dari segi rekaan, Sony A7C II masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Namun, ia dimuatkan dengan sensor dan spesifikasi yang lebih baik. Hadir dengan skrin 3-inci sesentuh yang boleh dipusing untuk melakukan rakaman swavideo dengan lebih mudah. Menggunakan EVF OLED dengan 2.36 juta titik yang menyokong 0.7x magnification.

 


Sony A7C II dilengkapi cip pemprosesan imej Bionz XR yang dipadankan dengan sensor 31MP Exmor-R bersama sistem penstabilan 5 paksi IBISMampu merakam sehingga 10 fps melalui  pengatup elektronik atau mekanikal, serta mampu merakam video sehingga 4K dengan pensampelan 7K. Turut dilengkapi dengan keupayaaan AI untuk pengecaman subjek, penjejakan masa nyata dan pembingkaian auto.

 

Selain itu, A7C II ini menyokong rakaman pada resolusi 4K 60p dalam format Super35 dan FHD pada 120p. Untuk pensampelan warna, ia menyokong HLG, S-Log3, S-Cinetone, 10-bit dan juga LUT. 

 

Manakala untuk Sony A7C R, ia kini hadir dengan rekaan yang lebih kecil dan kompak seperti A7C II. Dilengkapi dengan cip pemprosesan imej Bionz XR yang dipadankan dengan sensor 61MP Exmor-R bersama sistem penstabilan 5 paksi IBISDimuatkan dengan skrin 3-inci sesentuh yang menggunakan EVF OLED dengan 2.36 juta titik.

 

Turut dilengkapi dengan keupayaaan AI untuk pengecaman subjek, penjejakan masa nyata dan pembingkaian auto. Selain itu, ia mampu merakam pada 8 fps dengan pengatup mekanikal dan 7 fps dengan pengatup elektronik. Untuk rakaman video, ia menyokong rakaman pada resolusi 4K 60p dalam format Super35 dan FHD pada 120p. 

 

Di Malaysia, Sony A7C II dijual pada harga bermula RM10,499 dan Sony A7C R pula dijual pada harga bermula RM11,499 untuk tubuh sahaja. Bagi yang berminat, pra-tempahan telahpun dibuka bermula hari ini sehingga 31 Oktobrer 2023.

 

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah menarik yang bernilai RM631 untuk pembelian Sony A7C II dan RM881 untuk pembelian Sony A7C R. Selain itu, Sony turut menawarkan hadiah percuma yang bernilai RM250 untuk pembelian lensa FE 16-35mm F2.8 GM II.

ARTIKEL BERKAITAN