Close

EV pertama Xiaomi dijangka akan dilancarkan pada tahun ini


Pengeluar telefon pintar terkemuka iaitu Xiaomi dijangka akan memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka pada tahun ini. Sebelum ini, terdapat pelbagai maklumat yang telah dikongsi mengenai kereta elektrik ini.



Menurut laporan, kereta elektrik pertama dari Xiaomi telahpun memasuki fasa pengeluaran percubaan dengan 50 prototaip telah berjaya dihasilkan setiap minggu. Kereta elektrik pertama dari Xiaomi ini berkemungkinan akan menggunakan kod nama Modena atau MS11 dan merupakan sebuah sedan empat pintu. 


MS11 dijangka akan hadir dengan bateri tenary (NMC) yang berkapasiti 101 kWh yang mampu bergerak sejauh 800 km dengan sekali pengecasan. Dari segi pengecasan, MS11 dikatakan menyokong pengecasan pantas 800V DC. Sebelum ini, MS11 telahpun dikesan melakukan ujian di lebuh raya Urumqi-Changji di China.


Untuk harga jualan, MS11 dijangka akan dijual pada harga bermula RMB 200,000 (RM129K) yang akan bersaing dengan model seperti Tesla Model 3, Deepa SL03 dan BYD Seal yang dijual dengan julat harga yang sama.


Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang dikongsi oleh Xiaomi mengenai pelancaran kereta elektrik pertama mereka. Namun, ada laporan berpendapat yang ia mungkin akan dilancarkan sekitar Oktober tahun ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN