Close

Skor penanda aras cip A17 Pro diperlihatkan – Kalahkan cip Snapdragon 8 Gen 3

Umum mengetahui, yang Apple menggunakan cip A17 Pro baharu pada iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max. Cip baharu ini menawarkan peningkatan prestasi dan grafik pada tahap tertinggi dan dibina dengan teknologi pemprosesan 3nm TSMC.

Terbaru, skor penanda aras cip A17 Pro telahpun diperlihatkan melalui Geekbench 6.2 dengan skor yang diperolehi 2908 untuk teras tunggal dan 7238 untuk teras pelbagai. Sebagai perbandingan, cip A16 Bionic yang digunakan pada iPhone 14 Pro memperolehi skor 2641 untuk teras tunggal dan 6989 untuk teras pelbagai.

 

Secara keseluruhan, cip A17 Pro menawarkan peningkatan sebanyak 10% pada teras tunggal dan 4% pada teras pelbagai berbanding cip A16 Bionic. Selain itu, cip A17 Pro menggunakan kelajuan pemprosesan yang lebih tinggi iaitu pada 3.78GHz.


 

Jika dibandingan cip Snapdragon 8 Gen 3 (prototaip) dengan cip A17 Pro memperlihatkan perbezaan skor yang ketara iaitu 2233 untuk teras tunggal dan 6661 untuk teras pelbagai. Kemampuan cip A17 Pro sememangnya tiada tandingan buat setakat ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN