Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF dijangka akan melancarkan produk pertama mereka pada 26 September ini di India. Sub-jenama ini memfokuskan kepada produk yang lebih mampu milik dengan rekaan yang unik untuk menjadikan ia berbeza dari apa yang ditawarkan di pasaran.
Seiring dengan pengumuman tersebut, CMF By Nothing turut membuka laman daftar minat kepada pengguna yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk mereka.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai produk yang akan dilancarkan. Berdasarkan dari laporan sebelum ini, CMF dijangka akan melancarkan tiga produk iaitu CMF Watch Pro, CMF Buds Pro dan CMF Power 65W Gan. Menariknya, ketiga-tiga produk ini akan ditawarkan dalam pilihan warna yang sama iaitu Oren.
Mark your calendar, CMF by Nothing launch on 26 Sep. pic.twitter.com/3bg3TFsZkU
— Manu Sharma (@buildingnothing) September 14, 2023
Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.