Close

Honda Motocompacto kini hadir dalam versi elektrik

Motosikal bersaiz kompak yang dipanggil sebagai Motocompacto yang pernah popular sekitar 80an kini hadir dalam versi elektrik. Motosikal tersebut telah dihasilkan semula oleh Honda dengan rekaan yang lebih baik dan lebih menarik.

Dari segi rekaan, Motocompacto masih lagi mengekalkan rekaan asas yang sama iaitu kompak yang boleh dilipat dan disimpan. Motocompacto ini dilihat sesuai untuk kegunaan dalam bandar atau kampus bagi memudahkan pergerakan ke suatu tempat.

Motocompacto ini hanya seberat 19 kilogram dan menyokong berat penunggang sehingga 120 kilogram. Mampu bergerak sejauh 20 km dengan kelajuan maksimum pada 25 km/j. Untuk pegecasan, ia mengambil masa 3.5 jam untuk satu isian penuh dengan menggunakan pengecasan 110 volt.

Untuk harga jualan, Motocompacto ini dijual pada harga sekitar $995 (RM4660) dan akan mula dijual bermula November 2023.

ARTIKEL BERKAITAN