Close

iPhone 15 Pro dilaporkan menghadapi masalah kosmetik

Masalah kosmetik boleh dikatakan agak sinonim dengan peranti yang dikeluarkan oleh Apple. Terbaru, sejumlah pengguna iPhone 15 Pro melaporkan peranti mereka menghadapi masalah kosmetik.


People keep complaining, many iPhone 15 Pro models right out of the box have asymmetries and are discolored, this happens with practically all colors pic.twitter.com/KM1cLDvAZL

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) September 22, 2023

 

Melalui perkongsian Majin Bu di platform X, memperlihatkan beberapa masalah kosmetik yang berlaku pada iPhone 15 Pro. Antara masalah kosmetik yang dilaporkan adalah seperti garisan antena tidak simetri, warna tidak sekata dan skrin sedikit terangkat.


It appears that some units of the iPhone 15 Pro are defective. The coloring was not applied evenly, furthermore the screen seems not to be perfectly aligned with the edges pic.twitter.com/krzhz4gv4f

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) September 22, 2023

 

Beliau turut menyatakan yang masalah kosmetik ini berlaku pada semua warna yang ditawarkan untuk iPhone 15 Pro. Buat masa ini, kebanyakkan masalah ini dilaporkan berlaku pada sejumlah pengguna di China.


Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh bahan binaan baharu iaitu Titanium yang digunakan pada iPhone 15 Pro. Titanium menawarkan rekaan yang lebih kukuh, lebih premium dan juga lebih ringan dari model sebelumnya.


Ketika artikel ini ditulis, Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai masalah ini.

ARTIKEL BERKAITAN