Close

Tiga produk CMF by Nothing kini ditawarkan di Malaysia – Harga bermula RM189


Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF secara rasmi telah memperkenalkan 3 produk mereka yang iaitu CMF Buds Pro, Watch Pro dan Power 65W GaN . Sub-jenama ini memfokuskan kepada produk yang lebih mampu milik dengan rekaan yang unik untuk menjadikan ia berbeza dari apa yang ditawarkan di pasaran.


Untuk CMF Buds Pro, ia hadir dengan keupayaan ANC pada 45dB dan menyokong teknologi Clear Calls dan penarafan IP54. Menggunakan pemacu dinamik 10m, 3 mikrofon HD pada setiap putik dan menyokong teknologi Ultra Bass. Selain itu, ia turut turut dilengkapi dengan bateri 460mAh yang mampu bertahan sehingga 11 jam dan 37 jam dengan bekas pengecas.


Manakala untuk CMF Watch Pro, ia hadir dengan rekaan jenis segi empat dengan skrin 1.96-inci AMOLED yang turut menyokong kecerahan puncak 600 nits. Dimuatkan dengan bateri 330mAh yang mampu bertahan sehingga 13 hari. Turut hadir dengan pelbagai fungsi kesihatan asas seperti SpO2, pemantaun kadar jantug, pola tidur dan tekanan harian. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP68.


Produk terakhir iaitu CMF Power 65W GaN, hadir dengan 3 port pengecasan yang merangkumi USB-C dan USB-A. Menyokong pelbagai teknologi pengecasan seperti USB PD 3.0, Qualcomm Quick Charge 4.0+/3.0/2.0, Apple 2.4A, Samsung 9V2A, SCP, FCP, PPS dan DCP. Dari segi pelindungan ia menyokong circuit protection, over-temperature protection, over-current protection dan under-voltage protection

Ketiga-tiga produk ini boleh mula dibeli bermula 10 Oktober 2023. Dari segi penawaran harga, CMF Buds Pro dijual pada harga RM239, CMF Watch Pro dijual pada harga RM399 dan CMF Power 65W GaN dijual pada harga RM189.

ARTIKEL BERKAITAN