Close

Cip A17 Pro tidak akan digunakan pada iPhone 16 dan 16 Plus

Seperti yang kita tahu, iPhone 15 Pro dilengkapi dengan cip pemprosesan baharu iaitu Cip A17 Pro. Merupakan cip paling berkuasa untuk segmen telefon pintar pada ketika ini dan cip pertama menggunakan teknologi binaan 3nm TSMC.
Seperti kebiasaan, Apple akan menggunakan cip yang lebih lama pada model asas. Seperti pada iPhone 15 dan 15 Plus yang menggunakan cip sama yang digunakan pada iPhone 14 Pro iaitu A16 Bionic. Namun, untuk iPhone 16 dan 16 Plus Apple tidak akan menggunakan cip A17 Pro yang digunakan pada iPhone 15 Pro.
Sebaliknya, Apple akan menggunakan cip baharu yang dipanggil sebagai cip A17 tanpa penjenamaan Pro. Cip baharu ini akan menggunakan teknologi binaan 3nm yang sama. Tetapi dengan proses penghasilan yang lebih murah.
Cip A17 akan dihasilkan menggunakan teknologi binaan 3nm TSMC (N3E). Binaan ini menggunakan lapisan EUV dan bilangan transistor yang lebih rendah berbanding teknologi binaan 3nm TSMC (N3B) yang digunakan pada cip A17 Pro.
Selain itu, iPhone 16 dan 16 Plus dijangka akan menggunakan kapasiti 8GB RAM berbanding 6GB pada iPhone 15 dan 15 Plus.

ARTIKEL BERKAITAN