Close

Redmi Pad SE kini rasmi di Malaysia dengan harga RM799

Seiring dengan ketibaan siri Xiaomi 13T ke pasaran tempatan, Xiaomi Malaysia turut melancarkan tablet baharu iaitu Redmi Pad SE. Ditawarkan dengan spesifikasi menarik dengan harga lebih mampu milik.

Redmi Pad SE hadir dengan skrin LCD bersaiz 11-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dijana denga cip Snapdragon 680 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 8000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan 10W.

Untuk fotografi, ia menggunakan kamera belakang tunggal 8MP dan kamera swafoto 5MP. Spesifikasi lain yang turut dbawakan adalah seperti 4 pembesar suara Dolby Atmos, Bluetooh 5.0, bicu audio 3.5mm dan menjalankan MIUI Pad 14.

Di Malaysia, Redmi Pad SE dijual pada harga RM799 untuk 8GB + 25GB dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Lavender Purple, Graphite Gray dan Mint Green. Bagi yang berminat, tablet ini boleh mula dibeli bermula 7 Oktober 2023.

ARTIKEL BERKAITAN