Close

realme C51 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM549

realme secara rasmi telah melancarkan peranti baharu kelas permulaan iaitu realme C51 untuk pasaran tempatan. Merupakan peranti ketiga dalam siri realme C dan telahpun dilancarkan lebih awal di China.

Perkara menarik mengenai siri realme C51 adalah, ia hadir dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule. Fungsi ini membolehkan ia memaparkan pelbagai informasi seperti notifikasi, status bateri, pengecasan, jarak berjalan kaki dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, realme C51 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.7-inci dengan paparan 90Hz. Dijana dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan 4GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 128GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan menjalankan realme UI T yang berasaskan Android 13. 

Untuk pasaran tempatan, realme C51 dijual pada harga RM549 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Carbon Black dan Green. Bagi yang berminat, realme C51 boleh dibeli dengan harga promosi iaitu RM529 untuk masa terhad sehingga 8 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN