Close

iPhone 15 Pro Max hanya mendapat skor 154 dalam DxOMark

Seperti kebiasaan DxOmark akan menilai kemampuan kamera peranti dan akan memberikan markah berdasarkan kepada beberapa ujian yang dilakukan. Terbaru, DxOMark telah mengemas kini senarai mereka dengan menambah peranti terbaharu dari Apple iaitu iPhone 15 Pro Max.


Berdasarkan ujian yang dilakukan oleh DxOMark pada iPhone 15 Pro Max, markah keseluruhan yang diperolehi adalah 154 sekaligus menduduki tempat kedudi belakang Huawei P60 Pro dengan perbezaan dua markah. 



Terdapat 5 ujian yang dilakukan oleh DxOMark iaitu foto, zum, bokeh, preview dan video. Untuk foto, iPhone 15 Pro Max memperolehi markah 153, zum 142, bokeh 80,  preview 86 dan video 158. Menurut DxOMark, kemampuan kamera iPhone 15 Pro Max adalah sangat baik dari segi warna, kontras, tekstur dan bokeh. 


Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan pada kamera iPhone 15 Pro Max. Antaranya adalah julat dinamik yang terhad, tona warna yang oversaturated, perincian imej tidak konsisten dan cenderung menghasilkan noise yang tinggi pada keadaan kurang cahaya.


iPhone 15 Pro Max masih menggunakan tetapan tri-kamera yang sama iaitu 48MP  utama + 12MP ultra lebar + 12MP telefoto. Apple menyatakan yang sensor kamera baharu ini menawarkan hasil imej yang lebih baik dan juga kurang kesan lens flare


ARTIKEL BERKAITAN