Close

Masalah “overheat” pada iPhone 15 Pro bukan disebabkan cip A17 Pro

Selepas beberapa hari siri iPhone 15 mula dijual di beberapa negara terpilih. Terdapat beberapa pengguna iPhone 15 Pro dilaporkan menghadapi masalah kepanasan yang melampau. Masalah tersebut dikatakan berpunca dari cip A17 Pro yang menggunakan teknologi binaan 3nm TSMC.

The iPhone 15 Pro series overheating issues are unrelated to TSMC’s advanced 3nm node / iPhone 15 Pro系列的過熱問題,與台積電的3nm製程無關https://t.co/8dngejSnhM

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) September 26, 2023

 

Terkini, penganalisis popular iaitu Ming Chi-Kuo menyatakan yang punca masalah kepanasan pada iPhone 15 Pro bukan berpunca dari cip A17 Pro. Sebaliknya, ia berpunca dari bahan binaan titanium dan juga sistem penyejukan yang tidak optimum.

Menurut beliau lagi, penggunaan kerangka titanium telah menyebabkan kecekapan terma menjadi kurang efektif sekaligus memberikan kesan kepada sistem pelepasan haba.

Berikutan dari itu, Apple dijangka akan memberikan kemas kini untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan oleh Apple adalah terhad seperti mengurangkan prestasi cip A17 Pro. 

Masalah kepanasalan melampau ini dijangka akan memberikan kesan yang negatif kepada permintaan iPhone 15 Pro pada masa akan datang. Buat masa ini, Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai masalah ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN