Close

Xiaomi 14 Pro akan kekal dengan pengecasan 120W


Xiaomi kini dalam persediaan untuk melancarkan barisan baharu peranti andalan mereka iaitu siri Xiaomi 14 yang dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini. Berikutan dari itu, telah ada laporan yang mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.



Sebelum ini,  Xiaomi 14 telahpun dikesan di Pensijilan Wajib Cina (CCC) dengan nombor model 23127PN0CC. Terbaru, Xiaomi 14 Pro pula telah dikesan di Pensijilan Wajib Cina (CCC) dengan nombor model 23116PN5BC. Melalui pensijilan tersebut telah mendedahkan yang peranti ini akan menyokong pengecasan maksimum pada 120W.


Tiada peningkatan dari segi pengecasan untuk Xiaomi 14 Pro berbanding Xiaomi 14 yang akan menggunakan teknologi pengecasan yang lebih pantas dari 67W kepada 90W.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada siri Xiaomi 14. Namun, terdapat laporan menyatakan yang ia akan menjadi peranti terawal hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN