Close

Caj transaksi melalui DuitNow QR akan mula dikenakan bermula 1 Oktober 2023

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengeluarkan kenyatan berkenaan dengan perlaksanaan caj transaksi DuitNow QR. Selain itu, kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan maklumat yang lebih terperinci mengenai perlaksanaan bagi mengelak berlaku kekeliruan.

Melalui kenyataan tersebut, PayNet menyatakan yang caj transaksi DuitNow QR hanya akan dikenakan kepada penjual atau peruncit bukan kepada pengguna awam. Caj tersebut dikenakan bagi menampung kos penyelenggaran dan pengurusan perkhidmatan tersebut.

PayNet turut menyatakan yang pengenalan caj ini tidak akan memberikan kesan kepada peningkatan harga barangan. Caj transaksi DuitNow QR sepatutnya dilaksanakan lebih awal. Namun, ditangguhkan sehingga 1 Oktober 2023.

Berkenaan dengan caj transaksi 50 sen yang dikenakan untuk pemindahan lebih RM5000. PayNet menyatakan ia adalah caj transaksi untuk pemindahan antara pengguna (P2P) bukan untuk peruncit.

Walaubagaimanapun, perlaksanaan caj ini bergantung kepada pihak bank dan penyedia perkhidmatan untuk meneruskan perkhidmatan ini secara percuma atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN